PRODUK KESIHATAN

POMEPURE

POMEPURE 100% CHILLED JUICE
RM 140.00 (750ml)

RM 70.00 (330ml)

* Harga tidak termasuk kos penghantaran dan mengikut kadar yg ditetapkan*

Pomepure is available as a chilled juice.
Produced under quality control

ISO 22000:2005ISO 9001:2000. 

KOSHER / HALAL and SGF/IRMA certified, in Turkey and shipped worldwide.
Product also available in PET Bottles

750ml and 330ml & GLASS Bottles 750ml and 200ml.
Pure Pomegranate JuiceThe health-giving, disease-inhibiting qualities of the pomegranate have been observed in many cultures. It has been used as a remedy for hundreds of years throughout the Middle East, India and Iran and Turkey for all kinds of inflammation, sore throats and rheumatism. Recent research points to medical benefits in combating many of the conditions of ageing, Alzheimer's disease, various forms of cancer, heart disease, stroke and hypertension, arthritis, and in protecting the foetus from brain injury.


pomepurepomepurepomepurepomepurepomepurepomepurepomepurepomepure



POMEPURE POMECAFE
RM29.00
(akan berada dipasaran pada Januari 2011)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


BARAKA


BARAKA CAPSULES
RM 14.00 (1 paket/kotak)
RM 40.00 (3 paket/kotak)
* Harga tidak termasuk kos penghantaran dan mengikut kadar yang ditetapkan *


Food Supplement, Nigella Sativa Oil, Increases Immunity, Maintains Good Health
"Membongkar Semula Misteri dan Rahsia dari Al-Quran dan Hadith”
(Penawar yang disebut didalam Al-Quran dan Al-Hadith)
Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:
“Tetaplah kamu berubat dengan Al-Habbtus Al-Sawda’ ini, kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap jenis penyakit,kecuali mati” ( HR A-BUKHARI)
ANALISIS PAKAR PERUBATAN MODEN MENUNJUKKAN MADU DAN HABBTUS SAWDA’ MEMPUNYAI KEKUATAN PENYEMBUH YANG MENAKJUBKAN. ADALAH TIDAK MEMERANJATKAN BAHAWA HABBAH BARAKAH ATAU HABBAH SAWDA’ BANYAK MEMBERI PERTOLONGAN UNTUK MERAWAT, MERINGANKAN, MEMPERBAIKI ATAU MENYEMBUH PELBAGAI JENIS PENYAKIT :-
Komposisi:
Setiap kapsul mengandungi:
Jintan hitam (El Baraka Seed Oil) 450 mg
Kegunaan:
1 - Meredakan batuk dan meminimumkan manifestasi atas gangguan saluran pernafasan.
2 - Melindungi terhadap serangan bronchial asthma dan batuk kokol.
3 - Meningkatkan kecergasan tubuh dan mengatasi kelelahan & kelemahan harian
4-Meningkatkan imunisasi tubuh terutama pada keadaan penyakit dan penyembuhan.
5 - Meredakan pelbagai sakit dan ketidakselesaan seperti kekejangan dan perut kembung
Pembungkusan:
Sebuah peket mengandungi 24 kapsul.
Amalan pemakanan:
Untuk dewasa: 1-2 Baraka kapsul 3 kali sehari 450g
Untuk anak-anak: 1 Baraka kapsul 3 kali sehari 100g


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


AIR ZAM ZAM





AIR ZAM ZAM
RM 120.00 (10 Liter)
* Harga tidak termasuk kos penghantaran dan mengikut kadar yang ditetapkan *



Air Zamzam berasal dari mata air Zamzam yang terletak di bawah tanah, sekitar 20 meter di sebelah Tenggara Ka'bah. Mata air atau Sumur ini mengeluarkan Air Zamzam tanpa henti. Diamanatkan agar sewaktu minum air Zamzam harus dengan tertib dan membaca niat. Setelah minum air Zamzam kita menghadap Ka'bah.

Sumur Zamzam mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim AS, yaitu Siti Hajar dan putranya Ismail AS. Sewaktu Ismail dan Ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum, maka Siti Hajar pergi ke Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali.Namun tidak berhasil menemukan air setetespun karena tempat ini hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air dan belum didiami manusia selain Siti Hajar dan Ismail.

Penjelasan tentang sejarah ini adalah sbb :

Saat Nabi Ibrahim AS, Siti Hajar dan Ismail tiba di Makkah, mereka berhenti di bawah sebatang pohon yang kering. Tidak berapa lama kemudian Nabi Ibrahim AS meninggalkan mereka.
Siti Hajar memperhatikan sikap suaminya yang mengherankan itu lalu bertanya ;" Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
"Apakah ini memang perintah dari Allah ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".
Mendengar jawaban suaminya yang singkat itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang dari Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit Safa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zamzam.
Air Zamzam yang merupakan berkah dari Allah SWT, mempunyai keistimewaan dan keberkatan dengan izin Allah SWT, yang bisa menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu disebutkan pada hadits Nabi , " Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air Zamzam. Air Zamzam merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ".

Kelebihan dan Adab Meminumnya
    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
    Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
    Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."
    Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
    Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).
    Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."
    Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)
    Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).
    AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya:
    • Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
    • Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar.
    Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
    Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.
    ADAB MEMINUMNYA
    Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya:
    Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air Zamzam".Tanya lbnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya'?" Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: "Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?" Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: "Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
    Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
    Dalam bahasa Arabnya doa itu berbunyi:
    Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
    Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
    "Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:
    Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk............. (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.
    Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MAKLUMAT DIHUBUNGI DAN CARA PEMBAYARAN

Untuk membuat tempahan atau pertanyaan, sila emailkan kepada ASBAD75@YAHOO.COM.SG atau chat melalui FACEBOOK: SITI ASMAH ISMAIL dan telefon @ sms 019-2252875. Insya Allah, akan dijawab dalam tempoh 24 jam. Sila nyatakan nama anda, no. telefon & jenis produk yang ingin dibeli.

  • Tempahan yang dibuat dalam tempoh 3 hari, tetapi tiada sebarang pengesahan tempahan (order confirmation) diterima maka tempahan tersebut akan dibatalkan.
  • AKAUN NO : CIMB 12160065754522
  • NAMA PENUH : SITI ASMAH BINTI ISMAIL

  • Sila maklumkan melalui email, call @ sms sebaik pembayaran telah dibuat (amaun bank-in, masa & tarikh bank-in,nama bank, alamat anda untuk penghantaran produk) semakan online akan dilakukan utk pengesahan.
  • Penghantaran hanya akan dibuat setelah bukti pembayaran disahkan.
  • Penghantaran adalah melalui poslaju (utk luar KL & Selangor) & kadar adalah mengikut kadar poslaju mengikut berat. Harga yang dinyatakan adalah harga sebelum kos penghantaran, kecuali dinyatakan sebaliknya.
  • Kami tidak menerima sebarang pemulangan produk yang telah dijual. Tiada pemulangan wang untuk pembayaran yang telah dibuat, sekiranya pembeli berhajat untuk membatalkan pembelian setelah pengesahan, kecuali pemulangan atas sebab2 yang munasabah.